🌷KENAPA SAYA TAK ADA SUSU SELEPAS BERSALIN?🌷

3/19/2016 damiaamna 0 Comments

🌷KENAPA SAYA TAK ADA SUSU SELEPAS BERSALIN?🌷

Selepas saya up pasal penghasilan susu badan & sepatutnya semua mak yang mengandung akan menghasilkan susu badan selepas bersalin,

saya terima pertanyaan,

"Kenapa ada je mak yang tak ada susu pun selepas bersalin?"

Keadaan ini dipanggil 'delayed lactogenesis' - penghasilan susu yang lambat, jarak antara penghasilan kolostrum & susu yang banyak lebih panjang (Ramai mak tak kenal kolostrum sehingga mereka sangka itu bukan susu)

Apa yang saya jelaskan dalam post yang pertama tadi adalah dalam keadaan normal tapi harus diingat, hormon2 dalam badan manusia saling berkait rapat antara 1 sama lain. 

Penghasilan susu bukan sahaja dikawal oleh hormon prolaktin, tetapi hormon pembiakan : estrogen, progesteron, human placenta lactogen dan hormon metabolik : insulin, tiroid, glukokortikoid & hormon pertumbuhan.

Contoh : Insulin diperlukan untuk mengangkut nutrient ke dalam kelenjar mammary untuk penghasilan susu. 

Hormon tiroid pula diperlukan untuk penghasilan susu.

🌷Keadaan yang boleh melambatkan penghasilan susu badan atau mungkin tak ada langsung:

--Melahirkan anak pertama

--Tekanan daripada persekitaran / mak dalam kesakitan

--Mak obese

--Mak ada kencing manis

--Mak ada darah tinggi

--Stress semasa melahirkan anak

--Susu badan lambat diberi selepas baby dilahirkan

--Pembedahan czer kecemasan

--Pembedahan / kecederaan pada payudara

--Sisa uri terlekat

--Merokok

--Penyakit hipotiroid / hipo paratiroid

--Kelenjar mammary tidak
mencukupi

--PCOS

--Tumpah darah selepas bersalin dengan sindrom Sheehan's

Jika mak mempunyai masalah di atas, kemungkinan besar penghasilan susu akan terganggu. Namun, kebanyakan penyebabnya masih boleh dikawal.

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah