BAGAIMANA PENYAKIT KENCING MANIS TERJADI

12/16/2015 damiaamna 0 Comments

🍰BAGAIMANA PENYAKIT KENCING MANIS TERJADI🍰
Penyakit kencing manis yang paling kerap terjadi ialah KENCING MANIS JENIS 1 & JENIS 2.

Penyakit kencing manis jenis 1
- Biasanya terjadi kepada orang yang lebih muda kerana insulin tidak dihasilkan oleh pankreas atau tidak mencukupi.

Penyakit kencing manis jenis 2
-Terjadi kepada orang lebih berusia kerana insulin yang dihasilkan tidak
dikenali oleh sel badan.

••••••••
Tindakan insulin ke atas sel dan gula boleh diumpamakan seperti 'kunci' & 'pintu'.

Insulin ialah kunci yang membuka pintu pada sel supaya gula boleh masuk ke sel untuk tindakan metabolisme.

Untuk penghidap diabetes jenis 1, kunci tiada ataupun tidak cukup. Contohnya ada 15 pintu tapi kunci ada 5 sahaja. Jadi sedikit sahaja gula yang boleh masuk ke sel. Gula yang tidak
boleh masuk akan berkumpul dalam saluran darah.

Sementara bagi diabetes jenis 2,
kunci yang ada walaupun banyak tidak
sama dengan lubang pintu. Jadi, kunci-kunci itu tidak boleh membuka pintu.
Kesannya sama, gula tidak boleh masuk ke sel dan berkumpul dalam aliran darah.

Gula ini akan terus meningkat & berkumpul dan menyebabkan simptom
kencing manis.

••••••••
Jagalah kesihatan. Kawal pemakanan untuk mengawal gula dalam
darah.

Amalkan sunnah Rasulullah yang tepat, iaitu makan sebelum lapar & berhenti
sebelum kenyang. 'Makanan sunnah' juga boleh menyebabkan penyakit jika diambil berlebihan.

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah