TRAVEL DARI IPOH KE BATU PAHAT DENGAN SELESA

1/16/2014 damiaamna 0 Comments

Batu Pahat
 
 
Hujung tahun 2013, ketika anak keempat berusia 3 bulan lebih, aku perlu ke UTHM Batu Pahat, Johor untuk urusan belajar......sebagai pelajar Sarjana UTHM separuh masa. Perjalanan kali ini lebih selesa dan mudah berbanding sebelum ini kerana aku menyusukan anak keempat secara ekslusif.....maka aku tidak perlu memikirkan dimana perlu berhenti untuk menyediakan susu bayi, dan juga barangan penyusuan seperti termos air panas, bekas susu dan sebagainya.......lebih jimat ruang

Johor
 
bersiar-siar, dan membeli barang permainan, perhiasan di pekan Ayer Hitam, di sini juga kami menjamu selera, Yong Tau Fu kuah sup yang mana jarang didapati di kawasan Utara...

Senai

 
menjamu mata di Johor Premium Outlet......

 
inilah dia rupa sicomelku......




 
inilah rupa Kluang Rail Coffee yang terkenal tu, sedap juga kopinya, dan menikmati set roti bakar telur (telur ayam kampong)


 
Ini adalah barangan yang perlu aku bawa ke Batu Pahat sepanjang 5 hari 4 malam untuk kami sekeluarga iaitu pakaian dan kelengkapan untuk aku suami isteri beserta 4 orang anak.

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah