KENAPA PERLUKAN MAKANAN TAMBAHAN

8/22/2013 damiaamna 0 Comments

SHAKLEE


Kenapa perlukan makanan tambahan atau Supplement sedangkan hari-hari kita makan dan makanan adalah keperluan penting untuk hidup....tanpa makanan, manusia tak akan mampu bertahan.....kalau tidak makan pun melainkan kita berpuasa sahaja...itu pun tak sampai 12 jam kita tidak menyentuh makanan.

Fahamkan betul-betul antara makan dan makanan tambahan, supplement atau makanan tambahan adalah alternative lain untuk memenuhi keperluan tubuh kita supaya tahap kesihatan kita kekal. Badan boleh kurang nutrisi kalau pemakanan seharian kita tidak mengikut diet yang betul.


Jadi antara sebab kenapa perlunya supplement adalah seperti berikut :


1. Masalah Penghadaman

Penghadaman yang tak efisien boleh membataskan penyerapan vitamin oleh tubuh. Contohnya jika mengunyah makanan dengan kurang sempurna atau terlalu cepat. Ini menghasilkan saiz partikel makanan yang lebih besar dari normal iaitu terlalu besar bagi tindakan lengkap oleh enzim-enzim penghadaman. Mereka yang menggunakan gigi palsu juga boleh menjejaskan penyerapan vitamin akibat pengunyahan kurang efisien.
 
2. Kopi, Teh Panas & Rempah

Tabiat meminum air yang terlalu panas atau pengambilan terlalu banyak kopi, teh, jeruk dan rempah boleh menyebabkan inflamasi atau keradangan pada lapisan saluran pencernaan. Ini mengakibatkan kurangnya rembesan cecair penghadaman serta penyerapan vitamin dan mineral menjadi kurang.

 3. Alkohol

Pengambilan alkohol yang berlebihan boleh menyebabkan kerosakan pada hati dan pankreas iaitu organ yang penting dalam proses penghadaman dan metabolisma. Pengambilan alkohol yang kerap dan banyak menyebabkan badan memerlukan lebih banyak Vitamin B terutamanya thiamine, niacin, pyridoxine, asid folik, Vitamin B12, Vitamin A, Vitamin C, zink, magnesium dan juga kalsium.

 4. Merokok

Amalan merokok boleh menyebabkan iritasi pada saluran penghadaman dan meningkatkan keperluan badan terhadap Vitamin C yang juga penting dalam fungsi sistem imun.

 5. Julap / ubat sembelit / ubat kurus

Penggunaan julap secara berlebihan boleh mengakibatkan kurangnya penyerapan vitamin dan mineral daripada makanan. Paraffin dan lain-lain minyak mineral meningkatkan kehilangan vitamin larut lemak seperti Vitamin A, D, E dan K. Penggunaan julap yang banyak juga boleh menyebabkan kehilangan mineral seperti potassium, sodium dan magnesium.

 6. Fad Diet

Diet ganjil yang tidak mengandungi semua kumpulan makanan berkemungkinan kurang mengandungi vitamin. Paling popular, diet kurang lemak, jika diamalkan secara ekstrem boleh mengakibatkan kekurangan Vitamin A, D, E dan K. Diet vegetarian yang tidak mengambil daging dan sumber haiwan lain pula perlu dirancang dengan baik supaya tidak kekurangan Vitamin B12 yang boleh mengakibatkan anemia.


7. Makanan Terlebih Masak

Memasak terlalu lama atau memanaskan semula daging dan sayuran boleh memusnahkan Vitamin B, C dan E.

 8. Makanan Diproses (dalam tin)

Pemprosesan makanan yang bertujuan meningkatkan jangkamasa penyimpanan boleh menyebabkan kandungan nutrien berkurangan atau hilang sama sekali.

 9. Makanan Segera

Makanan segera yang tinggi kandungan karbohidrat, gula dan garam meningkatkan keperluan badan terhadap Vitamin B bagi memproses makanan tersebut.

 10. Antibiotik

Sesetengah antibiotik walaupun berguna bagi menghapuskan kuman yang menyebabkan jangkitan boleh menghapuskan sekali bakteria-bakteria baik dalam perut dan usus.


11. Alahan Makanan

Mereka yang alah terhadap gluten atau laktosa boleh mengalami kekurangan sumber nutrisi diet yang penting seperti thiamine, riboflavin dan kalsium

12. Kehilangan Nutrien Tanaman

Sumber makanan daripada tanaman seperti sayuran dan buah-buahan boleh kekurangan nutrien akibat pengurusan tanah yang lemah.


13. Kemalangan dan PenyakitLuka terbakar menyebabkan kehilangan protein, vitamin dan mineral. Pembedahan pula meningkatkan keperluan terhadap zink, Vitamin E dan nutrien yang terbabit dalam proses pembaikan sel.

 14. Tekanan atau Stress

Tekanan fizikal, emosi dan pencemaran boleh meningkatkan keperluan tubuh terhadap Vitamin B2, B5, B6 dan Vitamin C.
 
15. Sindrom pra haid

Penyelidikan sains telah membuktikan bahawa 60% wanita yang mengalami masalah sindrom pra haid boleh mendapat manfaat dengan pengambilan suplemen Vitamin B6.

 16. Remaja

Proses tumbesaran yang pesat dari segi fizikal, emosi dan biokimia sewaktu usia remaja menyebabkan golongan remaja terutama perempuan memerlukan lebih banyak nutrien berbanding orang dewasa.
 
17. Wanita Hamil

Kehamilan menyebabkan keperluan nutrien lebih banyak bagi memastikan proses tumbesaran yang sihat bagi ibu dan juga bayi.

 
18. Pil Perancang

Pil perancang boleh mengurangkan penyerapan asid folik dan meningkatkan keperluan tubuh terhadap Vitamin B6, Vitamin C, zink dan juga riboflavin.

 19. Warga Emas

Peningkatan usia sering dikaitkan dengan pengambilan vitamin dan mineral khususnya zat besi dan kalsium yang berkurangan.

 
Source: Ensiklopedia Vitamin & Herba 21st Century
 
 


 
Kredit to :Being Mary

0 comments:

Terima Kasih atas kesudian anda melawat blog saya, saya akan balas dan jejak blog anda kembali InsyaAllah